Assalamualaikum ...
Halo-halo semua.. Lama nad x update entri kan.. So, mlm ni tetiba asa rajin nk mengupdate entri nie..hehe..
Ini semua gara-gara td pagi , dgn excited nya mencuba buat kek coklat moist kukus yg sodapppp.. Selalunya nad akan buat kek coklat moist bakar dlm oven.. Tp sebab kat kl ni , xda oven kat umah.. so nk try buat yg kukus plak... Niat di hati buat kek ni , nk letak n jual kat wad.. Sebabnya kita-kita yg kerja dlm wad ni.. kdg2 lapar.. xda makan, bila ada kek coklat moist ni...xlapar la kita.. haha.. so hasilnya sgt2 lah moist gilerr & sedap !! yumyum!! hehe
So, kat sini nad nak share bahan-bahan & cara-cara buat kek coklat moist kukus ni..
Senang n sgt2 simple... (*_*)
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
1 buku buttercup
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA-CARA
1. Masukkan buttercup dlm periuk dan cairkan guna api yg sederhana.. Kemudian, masukkan susu cair dan kacau sebati.. seperti gambar dibawah :
2. kemudian masukkan gula kastor, esen vanila, dan masukkan serbuk koko.. dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yg kecil.. setelah siap , pindah kan ke dlm bekas lain dan sejukkan..
3. Didalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang..
4. Kemudian , tuangkan adunan yg telah disejukkan tadi sedikit demi sedikit kedalam bekas telur yg telah dipukul sehingga kembang td.. Dan kacau sehingga sebati..
5. Selepas itu, ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.. dan kemudiannya, masukkan semua bahan yg diayak td, sedikit demi sedikit.. Dan gaul semua adunan sehingga sebati...
6. Bila dah sebati, bolehlah masukkan adunan ke dalam loyang or bekas aluminium.. Macam nad , nad masukan dalam bekas cupcake & aluminium.. tapi dalam gambar ni nad juz sempat snap dlm bekas cupcake sja.. dan lpas tu boleh lah kita kukus kek ni..
So, kukus kek sampai masak.. kukus dalam masa 30 minit ke 40minit dengan api yg sederhana.. tapi sebelum tu makesure pengukus dipanaskan dulu sebelum kek td dimasukkan...
Selepas kek siap dikukus.. kita bolehlah hias kek dgn letakan topping dan hias...
BAHAN TOPPING
serbuk koko
sedikit buttercup
1 cawan susu cair
CARA-CARA
1. Cairkan butter, dan masukkan serbuk koko.. kacau sehingga larut.. kemudian tuangkan susu cair.. kacau lgi sehingga larut.. And done!! dah boleh tuang atas kek...YumYum!!
so, inilah hasilnya.. kek coklat moist kukus yg sedapppp.. Selamat mencuba yea.. (*_^)
0 comments:
Post a Comment